fb fb fb fb fb

PRK Mahkota: Pengundi digesa pulang mengundi

Foto FB Onn Hafiz Ghazi

JOHOR, 25 September- Pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri (DUN) Mahkota yang bekerja di Singapura digesa untuk pulang mengundi bagi menentukan wakil rakyat baharu di kawasan berkenaan.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, yang juga Pengerusi Jawatankuasa BN Johor berharap sokongan para pengundi yang bekerja di seberang tambak itu dapat memberikan mesej tentang kepentingan kestabilan politik dalam membangunkan dan memajukan Johor serta kawasan Mahkota.

"Saya juga telah berhubung dengan imigresen dan kastam untuk memastikan perjalanan saudara saudari pada hari Jumaat dan Sabtu ini dapat dilancarkan daripada segi operasinya supaya tidak berlaku kesesakan yang berlebihan pada hari-hari tersebut.

"Saya merayu kepada saudara saudari untuk pulang mengundi pada Sabtu ini agar kita dapat menyuburkan lagi sistem demokrasi," katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Semalam, pengundian awal bagi DUN berkenaan telah berlangsung, di mana 95.45 peratus daripada 4,911 pengundi berdaftar yang melibatkan tentera, pasangan, dan anggota polis telah selesai menunaikan tanggungjawab mereka.

Seramai 61,397 pengundi biasa akan menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih pada Sabtu ini.

BERITA BERKAITAN:

 

 

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM