fb fb fb fb fb

PRK Kuala Kubu Baharu: Sentimen anak tempatan bukan isu besar -Sock Tao

Calon PH, Pang Sock Tao pada sidang media Majlis Penyerahan Borang Penubuhan Cawangan DAP Melayu di Hulu Selangor / Foto RTM

HULU SELANGOR, 28 April -Faktor bukan anak tempatan tidak menjadi masalah bagi calon Pakatan Harapan (PH) bagi mendapat kepercayaan pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.

Menurut Calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao, dia optimis dengan kepercayaan pengundi selain akan meneruskan legasi yang telah ditinggalkan oleh penyandang kerusi berkenaan, mendiang Kee Hiong terutamanya dalam meneruskan perancangan pembangunan.

"Pertama sekali saya anak jati Selangor dilahirkan di Ampang. Kedua, Universiti saya belajar juga di Selangor dan ketiga Kuala Kubu Baharu (KKB) tidak asing pada saya kerana saya pernah mengikut gerak kerja yang dilakukan oleh mendiang, Lee Kee Hiong.

"Jadi bagi saya, KKB tidak asing bagi saya dan juga hati saya telah ditawan dengan keindahan alam di sini", kata Sock Tao pada sidang media Majlis Penyerahan Borang Penubuhan Cawangan DAP Melayu di sini.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu menyaksikan persaingan empat penjuru antara PN, Kerajaan Perpaduan, Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Bebas.

PRK Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, akibat kanser pada 21 Mac lalu.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD