fb fb fb fb fb

PRK KKB, hindari kempen cetus perselisihan faham

Foto FB Menteri

SHAH ALAM, 28 April- Timbalan Ketua Penerangan PKR, Datuk Ramanan Ramakrishnan menasihatkan orang ramai khususnya pengundi untuk mengabaikan kempen yang mencetuskan perselisihan faham.

Peringatan itu diberikan sempena tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.06 Kuala Kubu Baharu yang telah bermula.

"Ia adalah amat penting dan kritikal. Mereka perlu dengar maklumat yang sahih dan benar."

"Sekarang terlampau banyak fitnah dan pembohongan yang berlaku antaranya video-video lama dimainkan semula," kata Datuk Ramanan kepada pemberita pada Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Sungai Buloh di Shah Alam, hari ini.

Majlis tersebut turut dihadiri Ketua Setiausaha KUSKOP, Datuk Seri Suriani Ahmad dan kira-kira 4,000 pengunjung memeriahkan rumah terbuka berkenaan.

Kini, tempoh berkempen bagi PRK Kuala Kubu Baharu telah bermula dan akan tamat pada pukul 11.59 malam, 10 Mei 2024 (Jumaat).

Dalam pada itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari pengundian bagi PRK berkenaan adalah pada 11 Mei manakala pengundian awal pada 7 Mei.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM