fb fb fb fb fb

DAP buka cawangan ketiga di Hulu Selangor

Foto RTM

HULU SELANGOR, 28 April - Parti Tindakan Demokratik (DAP) hari ini membuka cawangan di sini dengan penyertaan 50 anak muda.

Menurut Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo, Cawangan Kemboja Bukit Sentosa, Hulu Selangor merupakan cawangan ketiga yang diwujudkan selain Cawangan Jalan Bunga Kertas, Bukit Beruntung dan Cawangan Batang Ara,Batang Kali.

"DAP adalah satu parti yang terbuka untuk semua dan yang penting kita ingin pastikan bahawa semua lapisan masyarakat mendapat peluang menceburkan diri dalam bidang politik.seperti mana yang dapat kita lihat, calon yang kita tonjolkan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) ini juga daripada wanita dan beliau juga seorang yang muda.

"Ini menunjukkan komitmen kita supaya kita dapat memastikan bahawa semua lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam bidang politik negara kita kerana masa depan negara kita adalah hasil daripada usaha sama perbincangan dan pertukaran fikiran daripada semua", katanya demikian pada sidang media Majlis Penyerahan Borang Penubuhan Cawangan DAP Melayu di sini.

Turut hadir menyaksikan penyerahan borang adalah Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Teresa Kok, Naib Ketua Wanita DAP, Young Syefura Othman dan juga Calon PH KKB, Pang Sock Tao.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD