fb fb fb fb fb

PRK KKB: Calon PH, PN ziarah keluarga tiga beranak lemas

Pang Sock Tao menenangkan isteri mangsa, Azimah Azaha

HULU SELANGOR, 5 Mei- Calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao menziarahi keluarga kepada tiga beranak yang lemas di Sungai Balak, Batang Kali, Selangor, tengah hari tadi.

Beliau meluangkan masa selama kira-kira 15 minit untuk bertemu dan menenangkan isteri mangsa, Azimah Azaha, 38, di Hospital Kuala Kubu Baharu.

Difahamkan, Sock Tao tiba di unit forensik hospital berkenaan kira-kira pukul 4.55 petang selepas mengadakan aktiviti kempen di sekitar Kuala Kubu Baharu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.06 Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei depan.

Sementara itu, Calon Perikanan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut turut berkesempatan melawat keluarga mangsa kira-kira pukul 5.30 petang.

Terdahulu, tiga mangsa terdiri daripada seorang bapa, 43, anak perempuannya, 9, dan anak lelakinya, 6, ditemukan lemas ketika beriadah di sungai terbabit pada pukul 1.35 tengah hari.

Kesemua mangsa ditemukan pada jarak kira-kira 30 meter (m) dari lokasi mereka dilaporkan hilang dan tiba di Hospital Kuala Kubu Baharu kira-kira pukul 4.20 petang untuk proses bedah siasat.

0505 PANG MANGSA LEMAS 2
Khairul Azhari Saut (tiga kanan) menziarahi keluarga mangsa lemas

ARTIKEL BERKAITAN
Bapa, dua anak lemas di Sungai Balak

SITI AISHAH MD ISA