fb fb fb fb fb

PRK KKB: Calon PH mahu terus dekati pengundi sehingga kempen akhir

Calon PH mahu terus dekati pengundi sehingga kempen akhir

KUALA KUBU BAHARU, 5 Mei- Calon Pakatan Harapan Pang Sock Tao akan terus mendekati pengundi di Kuala Kubu Baharu sehinggalah kempen kempen terakhir.

Setelah seminggu berkempen katanya, satu mesej jelas diterima daripada penduduk setempat adalah mereka mahukan wakil yang boleh bekerja.

"Saya ingin menyampaikan masej penting iaitu kita nak pembangunan kepada rakyat Kuala Kubu Baharu, kita mahukan kemajuan, makmur buat rakyat jadi saya ingin menyeru kepada raka- rakan warga warga Kuala Kubu Baharu untuk turun undi sokong Pakatan Harapan pada 11 Mei.

"Hasil maklum balas yang saya terima sepanjang berkempen, satu masej yang jelas saya dapat terima daripada penduduk setempat mereka inginkan wakil yang boleh bekerja kepada rakyat jadi saya harap pengundi di Kuala Kubu Baharu boleh bagi peluang untuk saya berkhidmat,"katanya.

Beliau yang temui selepas menghadari Ceremah Kelompok anjuran IPF di Dewan Padang Tembak Kuala Kubu Baharu, malam tadi.

Sementara itu, ditanya mengenai jumlah peratusan pengundi yang ditemuinya setelah seminggu berkempen, Sock Tao berkata, beliau tidak memiliki angka tersebut.

Ini kerana, tumpuannya adalah untuk mendekati seramai mungkin pengundi.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE