fb fb fb fb fb

PRK KKB: Calon PH mahu fokus rancakkan sektor ekopelancongan

Calon Pakatan Harapan, Pang Sock Tao

 KUALA KUBU BAHARU, 4 Mei- Calon Pakatan Harapan, Pang Sock Tao akan memberi fokus untuk merancakkan sektor ekopelancongan di Kuala Kubu Baharu menerusi pelan jangka masa pendek dan panjang dalam usaha meningkatkan ekonomi penduduk setempat 
 
"Saya harap orang tempatan mengambil peluang dan menjana pendapatan dari aktiviti ekopelancongan sebab saya rasa tidak guna kawasan ini ada perkembangan tapi perkembangan itu tidak dinikmati saksama buat rakyat Kuala Kubu Baharu,"katanya.
 
Pang berkata demikian ketika ditemui semasa melawat Temasya Jalanan di Kuala Kubu Baharu petang tadi.
 
Tambahnya lagi, kerjasama antara agensi berkaitan akan dipertingkat dalam mempergiat lagi usaha menjadikan Kuala Kubu Baharu sebagai destinasi pelancongan yang terkenal. 
 

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE