BENTONG, 7 Oktober- Walaupun menginjak usia emas, Rokiah Said, 80 tahun tetap bersemangat menunaikan tanggungjawab daftar pemilih.
Warga emas itu, merupakan pengundi awal yang tiba di Pusat Mengundi SMK Felda Chemomoi.
Rokiah tiba di pusat mengundi bersama anakya pada pukul 7.15 pagi, disambut oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) terus dibawa ke saluran satu.
"Semangat..makcik semangat mengundi memang tiap-tiap tahun macam ni..dulu pun macam tu..makcik seorang je..dulu boleh jalan....laju..ni dah tak boleh lah..nasib baik anak ada," katanya.
Sementara itu, tiga beradik iaitu Farini Ellisa Abd Manaf berusia, 20 tahun ; Farini Nabila Abd Manaf, 24 tahun dan Farini Nadirah Abd Manaf, 28 tahun turut menunaikan tanggungjawab di saluran lima.
"Saya rasa bertanggungjawab sebab sekarang kan nak adakan pemilihan pemimpin kan. Jadi kita kena datang, sebagai rakyat, orang muda kena datang mengundilah," kata Farini Elissa.