fb fb fb fb fb

PRK DUN Pelangai: 9 pusat pengundian ditutup 6.00 petang

(Pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Felda Kemasul telah ditutup pada pukul 6.00 petang tadi)

BENTONG, 7 Oktober- Kesemua sembilan buah pusat pengundian di DUN Pelangai telah ditutup sepenuhnya secara rasmi pada pukul 6.00 petang.

Tinjauan RTM di salah sebuah lokasi pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Felda Kemasul, anggota polis bertugas telah diarah menutup pintu utama pusat terbabit.

rtm
(Pihak polis sedang menutup pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Felda Kemasul)

Ia bagi memberi ruang kepada petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan proses pengiraan undi sebelum dibawa ke Pusat Penjumlahan Rasmi, bertempat di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul.

Pusat pengundian terbabit mempunyai lima saluran  mengundi, melibatkan 2,681 orang pengundi berdaftar.

Menurut kenyataan SPR, setakat pukul 5.00 petang tadi, peratusan keluar mengundi merekodkan 71 peratus, melepasi sasaran ditetapkan.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional Datuk Amizar Abu Adam, calon Perikatan Nasional Kasim Samat dan calon Bebas Haslihemly DM Zulhasli yang menggunakan simbol kereta.

Media Baharu