fb fb fb fb fb

PRK Dun Pelangai: BN umum calon pada Rabu depan

BENTONG, 16 September- Barisan Nasional (BN) Pahang akan mengumumkan calon yang bakal bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada Rabu depan.

Perkara tersebut disahkan Pengerusinya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika ditemui pemberita pada Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Pahang 2023 di sini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 September depan sebagai Hari Penamaan Calon sempena PRK Pelangai.

Tarikh undi awal pula pada 3 Oktober, manakala hari mengundi pada 7 Oktober depan.

PRK DUN Pelangai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos lalu.

1(Wan Rosdy Wan Ismail)

 

Media Baharu