fb fb fb fb fb

PRK Pelangai: Jangan sentuh isu 3R ketika berkempen- Ketua Polis Pahang

(Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman/ BERNAMA)

BERA, 23 September- Semua parti politik yang terbabit dalam kempen Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Pelangai dingatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang.

Ia termasuk tidak menyentuh isu kaum, agama dan institusi diraja (3R) sepanjang tempoh berkempen tersebut.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang semasa tempoh berkempen.

"Saya juga menasihatkan penyokong -penyokong supaya dapat mematuhi atau pun memelihara demokrasi atau mengelakkan daripada perkara- perkara yang melibatkan ketenteraman awam seperti dalam ucapan yang diadakan supaya tidak ada menghasut dan boleh menyebabkan ketenteraman awam terjejas," katanya.

Yahaya ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Jambatan Al Sultan Abdullah di Guai, di sini, hari ini.

Semua parti politik juga dinasihat agar memohon permit mengadakan ceramah dan kempen lebih awal agar pihak polis dapat menyediakan keanggotaan lebih awal demi memastikan ketenteraman awam.

1
(FOTO HIASAN)

Media Baharu