fb fb fb fb fb

Kemenangan PRK Mahkota luar biasa - Anwar

FOTO FACEBOOK Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 28 September- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Syed Hussien Syed Abdullah dan Barisan Nasional (BN) atas kejayaan luar biasa dalam mempertahankan kerusi Dewan Negeri (DUN) Mahkota pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu hari ini.

"Kemenangan besar ini bukti masyarakat DUN Mahkota yakin dengan keberkesanan muafakat Kerajaan Perpaduan antara pusat dan negeri, pimpinan saudara Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

"Ia juga petanda jelas rakyat terus yakin dengan kerangka dasar dan polisi kerajaan yang menitikberatkan soal ekonomi dan taraf hidup rakyat keseluruhannya," kata Anwar menerusi Facebook beliau.

Dalam pada itu, Jurucakap Kerajaan Perpaduan yang juga Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil turut mengucapkan tahniah atas kejayaan BN tersebut.

"Alhamdulillah, tahniah BN atas kemenangan cukup besar di Mahkota," katanya ringkas di Facebook beliau.

BN mempertahan kerusi DUN Mahkota selepas calonnya Syed Hussien memperoleh majoriti besar 20,648 undi. Beliau memperoleh 27,995 undi berbanding pencabarnya daripada Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar, yang hanya meraih 7,347 undi.

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA