fb fb fb fb fb

PRK Mahkota: BN menang besar dengan majoriti 20,648 undi

Syed Hussien Syed Abdullah

KLUANG, 28 September- Barisan Nasional (BN) mempertahan kerusi Dewan Negeri (DUN) Mahkota selepas calonnya Syed Hussien Syed Abdullah memperoleh majoriti besar 20,648 undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu hari ini.

Syed Hussien memperoleh 27,995 undi, meninggalkan pencabarnya daripada Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar, yang meraih 7,347 undi.

Keputusan rasmi itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Azurawati Wahid di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi PRK DUN Mahkota di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini malam ini.

Beliau turut memaklumkan 339 kertas undi ditolak selain 24 tidak dikembalikan, manakala peratus pengundian pada PRK itu ialah 53.84.

PRK Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang diadakan pada Mac 2022, Allahyarham Sharifah menang kerusi DUN Mahkota dengan 16,611 undi dan mencatatkan majoriti sebanyak 5,166.

SITI AISHAH MD ISA