fb fb fb fb fb

Pengundian awal, 2,504 pegawai dan anggota polis Melaka bakal tunai tanggungjawab

AYER KEROH, 14 November- Seramai 2,504 pegawai dan anggota polis di Melaka akan melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi awal, esok di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, IPD Jasin, IPD Alor Gajah dan balai polis terpilih.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata proses pengundian awal akan dilaksanakan di 24 pusat mengundi.

Daripada jumlah itu, 19 pusat mengundi hanya akan beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari.

"Bagi undi pos pula, polis kontinjen Melaka seramai 219 orang memohon untuk undi pos dan yang diluluskan adalah 132, yang bakinya mereka terpaksa balik ke lokaliti asal untuk menjalankan undi awal pada esok hari," katanya.

(Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah)

Beliau ditemui di IPK Melaka, Bukit Beruang.

Dalam pada itu, Zainol berkata sebanyak 10 laporan polis dan lima kertas siasatan dibuka sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Media Baharu