KUALA LUMPUR, 14 November- Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dinasihatkan untuk membuat pilihan bijak ketika memilih calon dan parti pada pengundian awal, Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), esok.
Jelas Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein setiap undi amat penting bagi menentukan arah tuju negara untuk tempoh lima tahun akan datang.
"Setiap undi penting dalam menentukan kerajaan memerintah lima tahun mendatang.
"Buatlah pilihan bijak, mempunyai rekod pencapaian yang baik," katanya.
(Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein)
Beliau berkata demikian dalam video perutusan khas di laman Facebook rasminya, hari ini.
Tambah Hishammuddin, setiap anggota ATM dan ahli keluarga masing-masing perlu menjaga disiplin ketika melalui proses pengundian.
Seramai 146,737 anggota ATM dan pasangan yang berdaftar sebagai pengundi awal akan mengundi di 153 pusat pengundian yang diwartakan Surahanjaya Pilihan Raya (SPR), esok.