fb fb fb fb fb

Pengundi positif COVID-19 wajib memakai pelitup muka

(Tangkap layar FB Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah)

KUALA LUMPUR, 14 November- Pemakaian pelitup muka diwajibkan kepada pengundi positif COVID-19 manakala pengundi lain amat digalakkan memakai pelitup muka.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut menegaskan; pengundi positif COVID-19 tidak dibenarkan singgah di mana-mana sebelum dan selepas mengundi selain perlu segera pulang ke rumah.

Pengundi positif COVID-19 juga tidak dibenarkan menaiki kenderaan awam termasuk e-hailing.

Bagi memastikan proses pengundian lancar dan selamat terutamanya bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan; pengundi positif COVID-19 perlu mematuhi penjarakan fizikal yang selamat.

Manakala penjarakan fizikal bagi pengundi lain amat digalakkan.

Tan Sri Dr Noor Hisham menjelaskan; petugas kesihatan akan ditempatkan di pusat pengundian bagi membantu urusan pengundi positif COVID-19.

(Nasihat kepada pengundi PRU15 oleh KKM)

Media Baharu