fb fb fb fb fb

Pengundi DUN Pelangai usah terpengaruh mesej kempen negatif - MB

BENTONG, 28 September - Pengundi di Dewan Negeri Pelangai diminta agar tidak terpengaruh dengan mesej kempen berunsur negatif.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mahu semua parti yang bertanding tidak menyebar sebarang fitnah dan berita tidak sahih.

Beliau berkata, rekod prestasi calon bertanding perlu dijadikan asas buat pengundi memilih calon yang bakal mewakili mereka nanti.

1
(Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail)

"Orang macam ini kita tidak payah dengar cakap dia, macam tuduhan 30 peratus, itu satu reka cerita, satu tuduhan supaya rakyat percaya dengan tuduhan beliau untuk mewujudkan perasan tidak puas hati sesama kita," katanya ketika ditemui pemberita selepas bertemu penduduk di Dataran Dayabudi, kuarters kilang Felda Kemasul, di sini.

Wan Rosdy berkata demikian sebagai mengulas dakwaan calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai, Haslihelmy DM Zulhasli berhubung kuota lantikan pegawai kerajaan negeri Pahang.

Media Baharu