fb fb fb fb fb

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 381

Agropelancongan di Pelangai akan diperkasa, bantu masa depan anak muda

BENTONG, 4 Oktober- Sektor agropelancongan dalam kawasan Dewan Negeri Pelangai perlu dibangunkan sebagai usaha membantu golongan belia menjana pendapatan tanpa perlu berhijrah ke bandar.

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amizar Abu Adam berkata keadaan geografi dan struktur tanah yang subur perlu dimanfaat dengan usaha pertanian seperti penanaman durian yang cukup sinonim dengan negeri Pahang sekali gus dapat menjadikan Pelangai sebagai lokasi pelancongan.

Katanya, peluang pekerjaan, perniagaan dan perumahan untuk golongan muda akan terus diutamakan seiring dalam merealisasikan hasrat mereka.

"DUN Pelangai ini, saya lihat peluang perniagaan dan peluang membangunkan sektor agropelancongan itu amat baik, tanah di Pelangai sangat subur. Kita boleh komersialkan tanaman durian atau tanaman-tanaman lain dan perkara ini akan saya titikberatkan. Allahyarham Datuk Seri Johari pernah berkata bahawa pertanian perlukan teknologi terkini.

Maka, saya berhasrat untuk membantu dan membangunkan kawasan DUN Pelangai ini demi masa depan dan kerjaya anak muda, tanpa memerlukan mereka berhijrah untuk mencari pekerjaan sekali gus meningkatkan ekonomi penduduk di sini," kata Amizar kepada pemberita selepas program bersama anak muda di Simpang Pelangai, Bentong,Pahang.

0410 PEKERJAAN PELANGAI 2

(Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amizar Abu Adam ditemui pemberita ketika berkempen
dan beramah-mesra bersama penduduk setempat)

Katanya, dalam siri kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai, beliau telah bertemu 80% pengundi dalam kawasan itu dan rata-rata mereka menyatakan hasrat bersama BN.