fb fb fb fb fb

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 381

Bursa Malaysia rendah pada tengah hari.

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 4 Oktober- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini sejajar dengan Wall Street semalaman yang lemah, didorong oleh jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, kata peniaga.

Pada rehat tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurangan 4.35 mata kepada 1,415.66 daripada 1,420.01 pada Selasa.

Indeks, yang dibuka rendah 2.10 mata kepada 1,417.91, bergerak antara 1,412.70 dan 1,419.66 pada sesi tersebut.

Suasana pasaran kekal negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 700 berbanding 188 manakala 332 kaunter tidak berubah, 1,074 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.67 bilion unit bernilai RM1.03 bilion.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata sentimen pasaran domestik kekal berhati-hati berikutan prestasi serantau yang bercampur-campur disebabkan reaksi daripada senario kadar faedah di Amerika Syarikat yang dijangka menjadi tumpuan, meningkatkan ketidaktentuan mata wang serantau dalam jangka masa pendek.

“Walaupun sedemikian, kami menjangka Bank Negara Malaysia akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman pada paras semasa sekitar tiga peratus,” katanya kepada Bernama.

Oleh itu, beliau menjangka dagangan di bursa tempatan kurang menggalakkan hari ini, dengan indeks berada antara 1,415 dan 1,425.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank merosot tiga sen kepada RM8.74, Public Bank berkurangan dua sen kepada RM4.04 dan Tenaga Nasional susut satu sen kepada RM9.96 manakala CIMB kekal pada RM5.41 dan Petronas Chemicals menambah tiga sen kepada RM7.03.

Daripada saham aktif, KNM dan Widad, masing-masing meningkat setengah sen kepada 15.5 sen dan 52.5 sen, Sealink International menambah dua sen kepada 21 sen, Evergreen Max Cash tidak berubah pada 45.5 sen dan UEM Sunrise merosot 2.5 sen kepada 78 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 47.54 mata kepada 10,487.83 dan Indeks FBMT 100 merosot 43.09 mata kepada 10,158.87.

Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 47.84 mata kepada 10,775.66, Indeks FBM ACE susut 52.80 mata kepada 5,109.45 dan Indeks FBM 70 jatuh 111.14 mata kepada 13,968.62.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 62.33 mata kepada 15,842.89, Indeks Perkhidmatan Produk Perindustrian berkurangan 0.39 mata kepada 169.69, Indeks Perladangan susut 29.83 mata kepada 6,830.09 dan Indeks Tenaga merosot 14.57 mata kepada 857.15.- BERNAMA