fb fb fb fb fb

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad berdepan saingan empat penjuru di Parlimen Titiwangsa

(Pegawai Pengurus Pusat Penamaan Calon P119, Firdzauz Said (tengah)
mengumumkan calon Parlimen Titiwangsa)

TITIWANGSA, 5 November- Kerusi P119 Parlimen Titiwangsa menyaksikan pertandingan 4 penjuru.

Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus Pusat Penamaan Calon P119, Firdzauz Said

Keempat-empat calon yang bertanding adalah Datuk Seri Johari Abdul Ghani, calon Barisan Nasional (BN), Dr. Rosni Adam mewakili Perikatan Nasional (PN), Khalid Abdul Samad, calon Pakatan Harapan (PH) dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mewakili Gerakan Tanah Air (GTA).

(Keempat-empat calon yang bertanding adalah Datuk Seri Johari Abdul Ghani, calon Barisan Nasional (BN),
Dr. Rosni Adam mewakili Perikatan Nasional (PN), Khalid Abdul Samad, calon Pakatan Harapan (PH)
dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mewakili Gerakan Tanah Air (GTA)


Proses penamaan calon berlangsung dengan lancar bermula pada pukul 9 hingga 10 pagi di Dewan Bestari Aminudin Baki, SMK Aminuddin Baki, Maluri, di sini.

Hanya empat calon telah mengemukakan borang penamaan calon kepada Pegawai Pengurus Pusat Penamaan Calon P119 seperti yang diumumkan parti masing- masing sebelum ini.

Pada PRU-14, P119 Titiwangsa menyaksikan pertandingan 3 penjuru.

Jumlah pengundi berdaftar di kawasan parlimen itu adalah 80,889 pengundi.

Media Baharu