fb fb fb fb fb

Masyarakat orang asli terus diberi perhatian

BERA, 13 November - Aktiviti kempen calon Parlimen Bera yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diteruskan dengan bertemu masyarakat orang asli di Kampung Paya Badak dan Kampung Tradisional di Guai.

Aktiviti bersua muka menjadi kelaziman buat Ismail Sabri sejak mula bertanding di kerusi parlimen berkenaan pada tahun 2004 bagi mendengar sendiri isu berbangkit yang disampaikan pengundinya.

Jelas beliau, meskipun kawasan kampung jauh daripada bandar namun kemajuan di desa tetap menjadi salah satu keutamaan beliau bagi memastikan penduduk tidak merasa terpinggir serta turut merasai manfaat hasil inisiatif kerajaan.

Beliau berucap pada majlis ramah mesra bersama penduduk kampung guai, di Sekolah Kebangsaan Guai, Bera, Pahang.

Turut hadir mengiringi beliau adalah calon bagi Dun Guai, Datuk Sabariah Saidan di kedua-dua lokasi berkenaan.

Ketika bersama dengan penduduk masyarakat orang asli di Kampung Paya Badak, Perdana Menteri turut bersama-sama meraikan ulang tahun kelahiran Nik Nizam a/l Lazim yang berusia 13 tahun dengan menyanyikan lagu Selamat Hari Lahir dan memotong kek.

Media Baharu