(PRU15 membuka ruang rezeki tambahan kepada peniaga kecil Muar)
MUAR, 14 November- Sudah menjadi kelaziman, bahang berkempen pada musim pilihan raya tidak hanya memeriahkan suasana malah, turut menjadi lubuk rezeki buat peniaga kecil.
Di Muar misalnya, kehadiran jentera parti dan penyokong meningkatkan lagi pendapatan masyarakat sekitar.
"Biasanya masa PRU, mereka yang balik mengundi memang akan singgah dan kita memang buka kedai," kata Nadia Saddi, pengusaha kedai makan.
"Masa inilah kita akan jumpa pelanggan baru, kebiasaannya pelanggan biasa, pekerja kilang,"kata seorang peniaga pisang goreng, Saadiah Tukiran.
Bagi Tan Ching pula, jumlah pelanggan baharu yang berkunjung ke gerai buahnya meningkat sejak seminggu yang lalu.
"Ada ramai pelanggan sejak kebelakangan ini, sekarang pun ramai,"katanya.
(Peniaga kedai buah, Tan Ching)