fb fb fb fb fb

PRU15 : Tuduhan rasuah terhadap anggota ATM terima RM300 tidak rasional - Hishammuddin

(Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Khairy Jamaluddin pada
program Sepetang Bersama Pemimpin di Bandar Baru Sungai Buloh)

SUNGAI BULOH, 13 November- Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta pihak yang mendakwa kononnya ada perbuatan rasuah ketika proses pengundian pos di Parlimen Bera membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, SPRM.

Tambah beliau, tindakan memburukkan imej Angkatan Tentera Malaysia, ATM itu adalah tidak rasional.

"Bila kenyataan itu dibuat, ia menimbulkan kemarahan dalam kalangan anggota kita sendiri, undi pos merupakan satu perkara yang biasa.

"Ketika mereka (PH) menang dalam PRU14 pun, ada undi pos, tetapi apakah tujuan tuduhan terhadap anggota tentera terima RM300?, sampai sekarang masih belum dijawab,"katanya.

Datuk Seri Hishammuddin turut kesal dengan tindakan pihak berkenaan yang meraih undi dengan melakukan tuduhan tanpa mendedahkan sebarang bukti.

Beliau menjelaskan kepada media selepas menghadiri program Sepetang Bersama Pemimpin di Bandar Baru Sungai Buloh.

Sebelum ini, SPRM meminta individu mempunyai maklumat atau bukti berlaku perbuatan sogokan atau rasuah ketika proses pengundian pos di Parlimen Bera, Pahang diminta melaporkannya.


(Datuk Seri Hishammuddin ditemui media selepas menghadiri

program Sepetang Bersama Pemimpin di Bandar Baru Sungai Buloh)

Media Baharu