fb fb fb fb fb

Pelbagai pendekatan diambil calon PRU15 menangi hati pengundi di Perak

PARIT, 13 November- Rata-rata calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Perak telah menyantuni lebih 70 peratus pengundi di kawasan yang ditandingi.

Pelbagai pendekatan diambil untuk memenangi hati pengundi.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria mengharapkan pengundi dapat membuat pilihan bijak dan tidak terlalu mengikut emosi.

Ini memandangkan keputusan yang dibuat akan menentukan pembangunan negara pada masa akan datang.

"Kami duduk dalam kawasan, kami berusaha sedaya upaya yang mungkin bawa bentuk-bentuk pembangunan dalam kawasan, baik yang berskala kecil mahupun juga berskala besar," katanya.

(Datuk Mohd Nizar Zakaria)

Calon Perikatan Nasional Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid pula akan memastikan jaringan internet di kawasan luar bandar, ditingkatkan.

"Dari Manong sampai Bukit Chandan banyak sangat capaian internet masih tidak berapa baik, jadi saya rasa ini salah satu agenda yang saya nak bawa," jelasnya.

(Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid)

Aktiviti berkempen di beberapa kawasan di negeri itu turut disertai beberapa artis veteran.

Antaranya, Mubarak Majid dan Amran Nasaruddin.

(Amran Nasaruddin (kiri) dan Mubarak Majid (kanan)

"Saya harap semua pengundi buat pilihan bijak supaya negara kita makmur dan stabil," kata artis veteran, Mubarak Majid.

"Apa orang kata itu daripada Tiktok, Facebook semua itu percaya pada benda yang logik, jangan terlalu memikirkan atau mengikut apa kata orang," jelas artis veteran, Amran Nasaruddin.

Media Baharu