fb fb fb fb fb

Perang bendera di Pulau Pinang semakin hangat

(Perang benderea kempen di Pulau Pinang)

KEPALA BATAS, 13 November- Berbaki lima hari sebelum hari pengundian, kehangatan perang bendera di Kepala Batas, Pulau Pinang semakin dirasai.

Kebanyakan kawasan dipenuhi bendera empat parti bertanding bagi merebut kerusi Parlimen Kepala Batas, iaitu Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan Pejuang.

Krew RTM melakukan tinjauan di beberapa kawasan termasuk Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir di Penaga, Jalan Haji Ahmad Badawi dan Bandar Putra Bertam.

Hasil pemantauan mendapati semua parti giat 'menarik undi' dengan memenuhi segenap ruang tepi jalan dengan bendera parti masing-masing.

(Mohd Fahmi Mohd Tahir, peniaga)

Mohd Fahmi Mohd Tahir yang ditemui pula memuji semua calon dan jentera parti yang berkempen secara matang tanpa sebarang provokasi.

"Saya tengok suasana baik. Alhamdulillah tengok bendera BN, PN, PH, Pejuang. Bendera pun semakin banyak, seronoklah tidak bergaduh."

Ashrul Nizal Ghazali juga melahirkan rasa yang sama, "semua bendera boleh dipasang bersama. Kempen pun dalam keadaan harmoni.

Hari mengundi pun semakin hampir, jadi semua pengundi boleh melakukan pengundian pada hari tersebut."

Mohammed Yufaizie Zul berkata, "saya tengok sekarang semakin meriah. Tiada provokasi. Saya pengundi pertama, jadi rasa teruja untuk PRU kali ini.

"Kalau lalu dekat kawasan sini pun boleh nampak bendera semua parti bertanding pun digantung dekat. Semuanya aman."

Media Baharu