fb fb fb fb fb

PRU15: Calon BN diminta jaga nama baik parti

(FOTO BERNAMA)

BERA, 13 November- Semua calon Barisan Nasional (BN) yang berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diminta menjaga nama baik parti dan mengenepikan perkara lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mereka juga perlu memberi tumpuan kepada kawasan ditandingi.

"Jadi perkara-perkara lain kita ketepikanlah, yang penting solidariti dalam UMNO dan juga BN...rakyat sedang melihat dan rakyat akan membuat pelbagai spekulasi.

"Kalau kita dilihat tidak bersama-sama dalam menghadapi pilihan raya...jadi apa pun yang kita buat adalah jaga nama baik parti dan tingkatkan keyakinan rakyat," katanya.

Beliau yang juga Naib Presiden Umno menyatakan demikian selepas majlis ramah mesra bersama penduduk Kampung Batu Papan, di sini hari ini.

(Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob/Foto BERNAMA)

Media Baharu