fb fb fb fb fb

PRK Kemaman: Larangan lakukan perarakan raikan calon, elak sebarang provokasi - Polis

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay / Foto Bernama

KEMAMAN, 2 November - Penyokong parti diingatkan agar tidak mengadakan sebarang perhimpunan ataupun perarakan pascapilihan raya supaya tidak menimbulkan gangguan kepada ketenteraman awam.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Maidin Pitchey berkata seramai 280 anggota dan pegawai polis akan memantau situasi ketenteraman awam selepas pilihan raya sehinggalah situasi berada dalam keadaan aman dan harmoni.

"Jika berarak juga kita akan ambil tindakan buka kertas siasatan dan akan ambil tindakan susulan, sebab dia boleh ganggu semua," katanya pada sidang media selepas selepas memantau proses mengundi di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok, di sini.

Tambah Ayob Khan, sepanjang tempoh berkempen sehingga pukul 12 tengahari tadi, sebanyak 15 laporan polis diterima dan 10 kertas siasatan dibuka.

Ini termasuk satu kes membabitkan 3R (agama, bangsa dan raja) membabitkan ucapan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ceramahnya isnin lalu. 

Katanya, laporan polis membabitkan kes berkenaan diterima pada 29 November lalu.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN