fb fb fb fb fb

Tambah baik sistem pengurusan pilihan raya, SPR bakal perkenal sistem pendigitalan baharu

Foto BERNAMA

KEMAMAN, 2 Disember- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memperkenal sistem pendigitalan baharu bagi tujuan menambah baik sistem pengurusan pilihan raya di negara ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata sistem berkenaan akan mula diperkenal dan diuji oleh petugas SPR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman yang sedang berlangsung sekarang.
 
"Sebelum ini pegawai pegawai SPR telah melakukan kerja-kerja dokumentasi dan mengisi data berkaitan pilihan raya itu berdasarkan borang 13, 14 dan 15 ke dalam sistem berkenaan.

"PRK Kemaman merupakan medan bagi pertama kali sistem itu digunakan dan SPR akan melihat keberkesanannya bagi melakukan penambahbaikan pada masa akan datang.
 
"Jika sistem berkenaan berjaya, ia akan digunakan secara menyeluruh bagi tujuan mengurus dan melaksanakan.

"Bagaimanapun, SPR masih belum menamakan secara rasmi sistem baharu yang akan diperkenalkan itu," katanya selepas meninjau pusat pembuangan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Geliga, di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM