fb fb fb fb fb

Kerajaan komited bantu kaum India daripada semua aspek

Tan Sri SA Vigneswaran membantu kempen calon Pakatan Harapan, Pang Sok Tao dengan beramah mesra bersama masyarakat India di Kuil Muniswarar

KUALA KUBU BAHARU, 4 Mei- Kerajaan akan terus membantu masyarakat India di negara ini khususnya di kawasan Kuala Kubu Baharu, kata Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran.

Jelasnya, ia terutama sekali melibatkan pendidikan kaum India agar tidak tercicir daripada arus pembangunan negara.

"Jika ada masalah boleh bertemu dengan kita sebab saya sebagai Presiden MIC, kita akan tolong bukan setakat pilihan raya sahaja,"katanya.

Beliau berkata demikian selepas beramah bersama dengan masyarakat India di Kuil Muniswarar di Kuala Kubu Baharu.

Hadir sama, Timbalan MIC, Datuk Seri M Saravanan dan calon Pakatan Harapan, Pang Sok Tao.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE