fb fb fb fb fb

Calon PRU15 perlu jalani ujian COVID-19, pastikan diri sihat sepanjang tempoh berkempen

SUNGAI BULOH, 8 November- Calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) perlu menjalani ujian kendiri COVID-19 bagi memastikan mereka sihat untuk berkempen dan bertemu rakyat.

Ia berikutan peningkatan kes harian COVID-19 yang sudah melepasi angka 4,000.

Jelas Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Kannan orang ramai perlu berhati-hati terutamanya kewujudan varian baharu COVID-19.

"Saya cadangkan supaya calon-calon ini kalau didapati tidak sihat, lebih baik buat ujian saringan dan pastikan mereka tidak positif COVID-19.

"Dan jika didapati positif, lebih baik mereka jalani kuarantin kendiri dan tidak berjumpa dengan sesiapa pada masa itu," katanya.

(Datuk Dr Kannan)

Beliau ditemui RTM selepas melawat Klinik Komuniti Saujana Utama bersama calon Barisan Nasional, BN Sungai Buloh, Khairy  Jamaluddin.

Kes harian COVID-19 di negara ini sejak 3 November lalu meningkat melebihi 4,000 kes.

Justeru, terdapat pertubuhan kesihatan mahu calon yang berkempen melaksanakan ujian kendiri COVID-19 bagi mengelakkan penularan wabak berkenaan.

Media Baharu