fb fb fb fb fb

Jenayah khianat kempen PRU15, polis Melaka terima satu laporan

(Datuk Zainol Samah/Foto Fail)

MELAKA, 8 November- Hanya satu laporan polis diterima PDRM Melaka berkaitan jenayah khianat sepanjang tempoh 3 hari berkempen, setakat ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Zainol Samah berkata, kes mencabut bendera parti dan dicampak ke atas jalan raya itu kini disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, tiada tangkapan dilakukan setakat ini.

Menerusi satu kenyataan, beliau mengingatkan semua calon dan parti politik untuk tidak menimbulkan sebarang provokasi sepanjang tempoh berkempen.

PDRM tegasnya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap individu yang menimbulkan provokasi, sehingga mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

(Semua calon dan parti politik diingatkan untuk tidak
menimbulkan sebarang provokasi sepanjang tempoh berkempen)

Dalam pada itu katanya, PDRM telah meluluskan sebanyak 46 aktiviti ceramah bermula 5 November hingga 7 November yang diadakan di seluruh negeri membabitkan semua parti politik.

Media Baharu