fb fb fb fb fb

PRU15: PN hanya untungkan Bersatu

(Perdana Menteri yang juga Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Bera P090 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika hadir ke kenduri rakyat Kampung Bohor Baru/BERNAMA)

BERA, 8 November- Perikatan Nasional (PN) hanya menguntungkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia dapat dilihat apabila bilik gerakan PN yang dibuka hampir di seluruh negara ketika PRU15 adalah daripada Parti PAS kerana parti itu memiliki lebih ramai ahli.

Beliau berkata PAS tidak belajar daripada kesilapan apabila tewas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka yang lalu kerana bekerjasama dengan Bersatu menyebabkan tiada calon daripada PAS yang bertanding.

Katanya, hal sama turut berlaku di PRN Johor, apabila Bersatu turut tewas walaupun negeri itu merupakan kubu Bersatu ketika itu.


(Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob)

"Jadi saya percaya pada PRU15 kali ini jika PAS mengharapkan kemenangan daripada mereka mungkin menyebabkan mereka kecundang dan tidak memenangi kerusi seperti yang mereka jangkakan, sebab itu, saya kata PAS diperalatkan oleh Bersatu.

"Saya menyeru kepada PAS, apabila calon mereka tidak bertanding, eloklah memberi undi kepada Barisan Nasional", katanya kepada media selepas Kenduri Rakyat di Kampung Bohor Baru, Bera, Pahang.

Tambahnya, perkara sama turut berlaku dalam Pakatan Harapan (PH) apabila parti ini didominasi oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Media Baharu