KEPALA BATAS, 2 September- Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan calon bagi Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Negeri Mahkota minggu ini.
Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, pengumuman itu akan dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
"...semua nama-nama itu akan dikumpulkan dan ianya akan diumumkan oleh Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
" tentang calon yg diputuskan Setelah diadakan perbincangan di peringkat pimpinan calon akan diputuskan. Ianya tidak begitu lama lagi, ia akan diumumkan," katanya.
Beliau ditemui selepas merasmikan Kongres Global Trends In Engineering, Science and Technology (GTEST 2024) anjuran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang menghimpunkan lebih 350 delegasi dari seluruh dunia.
Sementara itu Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Dr Noraini Ahmad memaklumkan cadangan tiga nama calon telah diberi kepada pimpinan parti bagi mewakili BN pada PRK berkenaan.
PRK Dewan Negeri Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, yang meninggal dunia pada 2 Ogos lalu ketika dirawat di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK Dewan Negeri Mahkota pada 28 September manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 14 dan 24 September.
BERITA BERKAITAN: