fb fb fb fb fb

BN akan guna lambang sendiri PRU16 nanti - Zahid

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap pada majlis UMNO Bahagian Maran hari ini/Foto FB Ahmad Zahid

MARAN, 30 Jun - Barisan Nasional (BN) akan menggunakan lambang sendiri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penggunaan lambang sendiri adalah tidak bertentangan dengan kerjasama yang dibuat bersama Pakatan Harapan (PH).

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri turut menjelaskan BN tidak akan bertanding di kawasan yang ditandingi parti PH.

"PH bertanding dengan lambang mereka (PH), kita pula bertanding dengan lambang kita, tapi dari segi kerjasama kita (tetap) jalinkan asalkan kawasan kita tidak di tanding mereka dan kita tidak bertanding di kawasan mereka," katanya ketika merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Maran di Dewan UMNO Bahagian Maran, Pekan Tajau hari ini.

Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian  Maran, Datuk Shahaniza Shamsuddin.

Sementara itu, bagi menjawab mengenai status terkini, Parti Progresif Penduduk (myPPP) katanya, terdapat 11 parti gabungan itu termasuk MyPPP sebagai 'friends of BN'.

Ujarnya, BN hanya mempunyai empat parti komponen terdiri UMNO, MIC, MCA dan Parti Bersatu Rakyat Sabah.

GRACE AISYAH KEDAYAN