Tiada Insentif Pengeluaran Getah bagi Julai 2026

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Insentif Pengeluaran Getah (IPG) tidak diaktifkan bagi Julai 2026 selepas harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah sekerap di seluruh negara kekal melebihi paras pencetus RM3.00 sekilogram.

RINGKASAN BERITA AI
  • Harga purata peringkat ladang bagi getah sekerap: RM3.80 (Semenanjung), RM3.45 (Sabah), RM3.30 (Sarawak).
  • IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan getah sekerap jatuh di bawah RM3.00 setiap kilogram.
  • IPG lateks diaktifkan serentak dengan IPG getah sekerap, kadar RM0.90/kg untuk 100% KGK; dibayar kepada pekebun kecil warganegara yang layak.

Lembaga Getah Malaysia (LGM) memaklumkan, harga purata peringkat ladang bagi getah sekerap pada bulan berkenaan ialah RM3.80 sekilogram di Semenanjung, RM3.45 sekilogram di Sabah dan RM3.30 sekilogram di Sarawak.

Sehubungan itu, IPG tidak diaktifkan di ketiga-tiga wilayah berkenaan dan tiada pembayaran insentif dibuat bagi bulan Julai.

Menurut LGM, IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah sekerap berada bawah paras RM3.00 sekilogram.

IPG lateks turut akan diaktifkan apabila IPG getah sekerap diaktifkan, dengan kadar ditetapkan sebanyak RM0.90 sekilogram bagi 100 peratus Kandungan Getah Kering (KGK).

Insentif berkenaan dibayar kepada pekebun kecil getah warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat ditetapkan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.