RHB Islamic, Nuh Travel bekerjasama perluas capaian pasaran

Kerjasama membantu memperkukuh kedudukan jenama dalam sektor masing-masing.

DAMANSARA, 7 April – Kerjasama RHB Islamic Bank dengan syarikat pelancongan, Nuh Travel membuka ruang kepada kedua-dua pihak memperluas capaian pasaran masing-masing.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerjasama memperkukuh kedudukan jenama dalam sektor masing-masing.
  • Fokus pada penyediaan kemudahan perjalanan lebih efisien kepada rakyat Malaysia.
  • Meningkatkan kecekapan urusan perjalanan pelanggan, khususnya ke luar negara.
  • Langkah strategik perkongsian kukuh yang memperkukuh ekosistem perkhidmatan perjalanan dan manfaat besar kepada pelanggan.

Sekali gus, memperkukuh kedudukan jenama dalam sektor masing-masing.

Pengarah Urusan RHB Islamic Bank, Datuk Adissadikin Ali berkata, fokus kerjasama membabitkan usaha menyediakan kemudahan perjalanan lebih efisien kepada rakyat Malaysia.

“Ini sebahagian usaha meningkatkan kecekapan urusan perjalanan pelanggan, khususnya ke luar negara,” katanya dalam sidang media di sini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Nuh Travel, Abdul Halim Aliumar menyifatkan kerjasama itu sebagai langkah strategik yang mampu memperkukuh ekosistem perkhidmatan perjalanan secara menyeluruh.

“Ini merupakan satu strategi perkongsian yang kukuh bagi Nuh Travel, selain memberikan manfaat besar kepada semua pelanggan kami,” jelasnya.