Permintaan domestik pacu pertumbuhan ekonomi Malaysia – AMRO

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 21 Januari – Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO) menjangkakan ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 4.9 peratus pada 2025, menyamai anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

RINGKASAN BERITA AI
  • Permintaan domestik dan sektor luaran, terutamanya E&E, terus menjadi pemangkin utama pertumbuhan ekonomi Malaysia.
  • Peluang pelaburan meningkat dalam sektor baharu seperti pusat data dan segmen berkaitan E&E, menunjukkan petunjuk menggalakkan.
  • Pelaburan memberangsangkan boleh menyokong pemulihan jangka panjang dan meningkatkan potensi pertumbuhan negara.
  • Risiko tetap wujud dari kelemahan permintaan teknologi global kerana pengaruh besar eksport teknologi terhadap ekonomi.

Ketua Kumpulan dan Pakar Ekonomi Utama Kumpulan AMRO, Allen Ng, berkata permintaan domestik dan sokongan daripada sektor luaran terutamanya sektor elektrik dan elektronik secara konsisten menjadi pemangkin utama bagi pertumbuhan ekonomi negara ini.

”Kami juga melihat petunjuk yang menggalakkan daripada segi pelaburan, khususnya yang berkaitan dengan sektor-sektor baharu muncul seperti pusat data dan berkaitan sektor elektrik dan elektronik (E&E).

”Secara keseluruhan, trend yang sedang berlaku di peringkat serantau jelas dapat dilihat di Malaysia dan ini menjadi faktor kepada semakan menaik bagi unjuran pertumbuhan tahun ini,” katanya pada taklimat Tinjauan Ekonomi Suku Tahunan AMRO secara maya.

Tambahnya, perkembangan pelaburan yang memberangsangkan berpotensi menyumbang kepada pemulihan jangka panjang serta meningkatkan potensi pertumbuhan ekonomi negara.

Justeru, amat penting untuk memastikan nilai pelaburan yang tinggi dapat diterjemahkan kepada produktiviti lebih mampan, aktiviti bernilai tambah tinggi merentas ekonomi, selain menjana peluang pekerjaan berkualiti yang diperlukan negara.

”Bagaimanapun, risiko penurunan kekal wujud dengan kekurangan permintaan teknologi global dikenal pasti sebagai antara faktor utama.

”Ini berikutan sebahagian besar pertumbuhan ekonomi negara masih bergantung kepada permintaan luaran, khususnya berkaitan eksport teknologi,” tambahnya.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan