
KUALA LUMPUR, 29 Julai – Kedudukan Fiskal Negara terus menunjukkan perkembangan positif susulannisbah hutang Kerajaan Persekutuan menurun kepada 63.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setakat Mac, tahun ini.
- Kerajaan komited mengurangkan defisit fiskal dan mengawal pinjaman baharu.
- Matlamat memastikan kadar pertumbuhan hutang 2026 lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya.
- Nisbah hutang pada akhir 2025 dicatatkan 65.2% daripada KDNK.
- Hutang statutori (MGS, MGII, MITB) pada akhir Mac 2026 ialah 61.9% KDNK, masih di bawah had statutori 65%.
Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata perkara tersebut didorong komitmen kerajaan dalam mengurangkan defisit fiskal,serta mengawal pinjaman baharu.
” Kerajaan kekal komited untuk memastikan kadar pertumbuhan hutang terus berada pada paras yang lebih rendah bagi tahun 2026 berbanding tahun-tahun
sebelumnya.
“Sehingga akhir Mac 2026, nisbah hutang Kerajaan Persekutuan mencatat 63.1% daripada KDNK, lebih rendah berbanding 65.2% daripada KDNK pada akhir tahun 2025.
“Nisbah ini adalah berdasarkan KDNK tahun semasa dan kaedah ini juga digunapakai bagi pelaporan tahun terdahulu”, katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Leong Ngah Ngah yang ingin tahu langkah Kerajaan dalam mengukuhkan kedudukan fiskal serta memastikan kestabilan ekonomi negara.
Jelas Chin Tong, hutang statutori kerajaan yang merangkumi instrumen Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS), Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) dan Bil Perbendaharaan Islam Malaysia (MITB) turut berada pada paras 61.9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setakat akhir Mac tahun ini.
Dan sekali gus kekal di bawah had statutori 65 peratus daripada kadar KDNK yang ditetapkan.