
KUALA LUMPUR, 30 Januari – Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, menunjukkan penyusutan di pasaran Comex Amerika Syarikat berikutan pengukuhan dolar AS memberi kesan kepada harga emas.
- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah susulan penyusutan di pasaran Comex AS.
- Kontrak untuk beberapa bulan 2026 mencatatkan penurunan ketara berbanding penutupan sebelumnya.
- Jumlah dagangan dan kepentingan terbuka menyusut, manakala harga emas fizikal menurut LBMA dilaporkan.
Pada penutupan dagangan, kontrak bulan semerta Januari 2026 susut kepada US$5,063.50 setiap auns troy daripada US$5,516.50, Februari 2026 rendah kepada US$5,062.60 daripada US$5,533.90 dan Mac 2026 menyusut kepada US$5,080.90 daripada US$5,552.20 pada Khamis.
Kontrak April, Jun dan Ogos 2026 turut merosot, ditutup kepada US$5,097.70 bagi setiap auns troy daripiada US$5,569.00 sebelumnya.
Jumlah dagangan menyusut kepada 137 lot daripada 245 lot semalam manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 91 kontrak daripada 332 kontrak sebelumnya.
Harga emas fizikal berada pada US$5,501.70 setiap auns troy, menurut penetapan oleh London Bullion Market Association pada 29 Jan 2026. -BERNAMA