
KUALA LUMPUR, 28 Julai – Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.
- Mudah tunai dianggarkan RM48.72 bilion dalam pasaran konvensional dan RM16.81 bilion dalam pasaran wang Islam.
- BNM melaksanakan tender repo berbalik RM8 bilion untuk tempoh tujuh hari.
- Tender Murabahah Komoditi Bercagar RM200 juta untuk 7 hari dan RM350 juta untuk 31 hari.
- Pada 4 petang BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM56.7 bilion dan semalaman Murabahah sehingga RM17.3 bilion.
Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM48.72 bilion dalam pasaran konvensional dan RM16.81 bilion dalam pasaran wang Islam.
Bank pusat akan melaksanakan tender repo berbalik sebanyak RM8 bilion untuk tujuh hari.
BNM juga akan menjalankan tender repo berbalik Islam (Murabahah Komoditi Bercagar) bernilai RM200 juta untuk tujuh hari dan tender RM350 juta untuk 31 hari.
Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM56.7 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM17.3 bilion.- BERNAMA