
KUALA LUMPUR, 21 Julai- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.
- Lebihan mudah tunai dalam sistem perbankan: RM44.43 bilion konvensional, RM16.24 bilion pasaran Islam.
- BNM akan menjalankan tender repo berbalik tujuh hari: RM6.0 bilion konvensional dan RM1.1 bilion Islam.
- BNM sediakan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual beli dan Murabahah; tender semalaman sehingga RM50.4 bilion konvensional, RM17.2 bilion Murabahah.
Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM44.43 bilion dalam pasaran konvensional dan RM16.24 bilion dalam pasaran wang Islam.
BNM akan menjalankan satu tender repo berbalik, yang terdiri daripada RM6.0 bilion untuk tujuh hari.
Bank pusat juga akan menjalankan tender repo berbalik Islam (perjanjian jual dan beli balik) bernilai RM1.1 bilion untuk tujuh hari.
BNM turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4.00 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM50.4 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM17.2 bilion. -BERNAMA