Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil susulan operasi BNM

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 22 Jun – Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mudah tunai dianggarkan RM32.43 bilion bagi pasaran konvensional dan RM18.38 bilion bagi pasaran wang Islam.
  • BNM akan menjalankan tender repo berbalik konvensional bernilai RM4.0 bilion untuk tujuh hari.
  • BNM jalankan tender repo berbalik Islam RM400 juta tujuh hari dan RM500 juta 30 hari; Murabahah Komoditi Bercagar RM300 juta dan RM400 juta.
  • BNM menyediakan kemudahan repo, jual beli balik dan Murabahah untuk 1 minggu, 1 bulan, 3 bulan; tender semalaman sehingga RM36.4 bilion dan RM19.7 bilion.

Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM32.43 bilion dalam pasaran konvensional dan RM18.38 bilion dalam pasaran wang Islam.

BNM akan menjalankan tender repo berbalik bernilai RM4.0 bilion untuk tujuh hari dan dua tender repo berbalik Islam (perjanjian jual dan beli balik), masing-masing bernilai RM400 juta dan RM500 juta untuk tujuh hari dan 30 hari.

Bank pusat turut menjalankan tender repo berbalik Islam (Murabahah Komoditi Bercagar), masing-masing bernilai RM300 juta dan RM400 juta untuk tujuh hari dan 30 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM36.4 bilion dan RM19.7 bilion dalam tender semalaman Murabahah. – BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.