
KUALA LUMPUR, 26 Februari– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
- BNM menyerap lebihan mudah tunai melalui operasi repo berbalik untuk mengekalkan kestabilan kadar jangka pendek.
- Tender repo berbalik konvensional dan Islam dijalankan bagi tempoh tujuh dan 89 hari bernilai berasingan.
- Bank pusat turut menyediakan kemudahan repo, perjanjian jual beli balik dan Murabahah Komoditi Bercagar untuk pelbagai tempoh.
Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM35.78 bilion dalam pasaran konvensional dan RM17.86 bilion dalam dana Islam.
Hari ini, BNM akan menjalankan dua tender repo berbalik, masing-masing bernilai RM500 juta untuk tujuh hari dan 89 hari.
Ia turut menawarkan dua tender repo berbalik Islam bernilai RM500 juta untuk tujuh hari dan RM100 juta untuk 89 hari.
Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM36.8 bilion dan RM18.5 bilion dalam tender semalaman Murabahah.- BERNAMA