
KUALA LUMPUR, 29 Januari- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh hari ini, disokong operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
- BNM menyerap lebihan tunai melalui operasi tender repo berbalik untuk mengekalkan ketahanan kadar jangka pendek.
- Pelbagai kemudahan ditawarkan termasuk repo berbalik, perjanjian jual beli semula dan Murabahah komoditi bercagar.
- Tender semalaman konvensional dan Murabahah dijalankan pada jumlah besar untuk mengurus kecairan sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan sebanyak RM37.07 bilion dan dalam dana Islam berjumlah RM23.57 bilion.
Hari ini, BNM akan menawarkan tender repo berbalik sebanyak RM300 juta untuk tempoh tujuh hari.
Bank pusat itu juga mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar dengan tempoh matang satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4.00 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM37.4 bilion dan tender semalaman Murabahah berjumlah RM23.6 bilion. -BERNAMA