
KUALA LUMPUR, 26 Mac – Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini dengan sokongan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.
- Mudah tunai dianggarkan RM38.13 bilion dalam pasaran konvensional dan RM20.29 bilion dalam dana Islam.
- BNM melaksanakan dua tender repo berbalik konvensional: RM3.7 bilion (7 hari) dan RM500 juta (32 hari).
- BNM menjalankan tiga tender repo berbalik Islam RM1.4 bilion (7 hari) dan dua tender RM500 juta (32 dan 92 hari).
- Pada 4 petang, tender semalaman konvensional sehingga RM42.3 bilion dan tender semalaman Murabahah RM22.7 bilion.
Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan RM38.13 bilion dalam pasaran konvensional manakala dana Islam RM20.29 bilion.
Pada hari ini, BNM akan melaksanakan dua tender repo berbalik RM3.7 bilion bagi tempoh tujuh hari dan RM500 juta selama 32 hari.
Bank pusat itu akan turut melaksanakan tiga tender repo berbalik Islam (perjanjian jual dan beli balik) RM1.4 bilion bagi tujuh hari serta dua tender RM500 juta masing-masing bagi tempoh 32 hari dan 92 hari.
BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM42.3 bilion dan RM22.7 bilion dalam tender semalaman Murabahah.- BERNAMA