
KUALA LUMPUR, 3 Sept – Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini, disokong operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.
- BNM akan menjalankan tender repo berbalik bernilai RM3.5 bilion tujuh hari dan repo berbalik Islam RM200 juta tujuh hari.
- Dua tender repo berbalik Islam melalui CCM masing-masing RM100 juta tujuh hari dan RM100 juta bagi tempoh 32 hari.
- BNM mengumumkan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual beli semula dan kemudahan CCM untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.
- Pada 4 petang BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM37.7 bilion dan semalaman murabahah sehingga RM22.9 bilion.
Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan berjumlah RM34.1 bilion dalam pasaran konvensional dan RM22.55 bilion dalam pasaran wang Islam.
Hari ini, BNM akan menjalankan tender repo berbalik bernilai RM3.5 bilion bagi tempoh tujuh hari dan tender repo berbalik Islam bernilai RM200 juta melalui perjanjian jual dan beli semula, juga bagi tempoh tujuh hari.
Bank pusat itu turut menjalankan dua tender repo berbalik Islam melalui murabahah komoditi bercagar (CCM) masing-masing bernilai RM100 juta bagi tempoh tujuh hari dan RM100 juta bagi tempoh 32 hari.
BNM turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan CCM bagi tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM37.7 bilion dan tender semalaman murabahah sehingga RM22.9 bilion. – BERNAMA