Industri pembinaan harap peruntukan pembangunan lebih besar dalam Belanjawan 2027

Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Ahmad Farrin Mokhtar / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 5 September – Industri pembinaan berharap Belanjawan 2027 bakal menyediakan peruntukan pembangunan lebih besar bagi membiayai projek-projek infrastruktur baharu, seterusnya menyokong pertumbuhan dan daya saing industri.

RINGKASAN BERITA AI
  • Industri minta inisiatif menangani kesan konflik geopolitik yang meningkatkan kos bahan binaan.
  • Bahan berasaskan petroleum terjejas tetapi impak masih terkawal; bahan lain kekal stabil.
  • Kebutuhan penyelenggaraan dan pemantauan infrastruktur berusia oleh agensi teknikal diperkukuh.
  • CIDB akan mengemukakan cadangan bagi menyokong pendigitalan dan penerapan teknologi baharu dalam industri.

Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Ahmad Farrin Mokhtar berkata, peserta industri turut mengharapkan inisiatif yang bersesuaian bagi menangani kesan konflik geopolitik yang berpotensi meningkatkan kos bahan binaan.

“Sesetengah bahan binaan, khususnya yang berasaskan petroleum, agak terkesan, namun kesannya masih tidak terlalu ketara. Bahan binaan lain pula masih berada pada tahap stabil.

“Perkara itu antara yang kita bangkitkan dalam sesi dialog bersama Kementerian Kewangan, termasuk keperluan memastikan infrastruktur yang telah berusia diberi penyelenggaraan dan pemantauan sewajarnya oleh agensi teknikal yang bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sesi penerangan Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) dan BuildXpo Malaysia 2026 yang berlangsung baru-baru ini di sini.

Tambahnya, hasil libat urus bersama peserta industri, CIDB juga akan mengemukakan beberapa cadangan inisiatif bagi menyokong transformasi industri pembinaan.

Usul tersebut katanya memberi fokus kepada aspek pendigitalan dan penerapan teknologi baharu dalam industri pembinaan negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.