fb fb fb fb fb

‘Syukur STR dapat tampung keperluan harian’

Foto hiasan/BERNAMA

LANGKAWI, 15 Ogos - Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 meluahkan rasa syukur atas keprihatinan Kerajaan Madani meringankan beban rakyat.

Pengawal keselamatan, Muhammad Firdaus Abdullah, 24 tahun, berkata STR banyak membantu keluarga untuk dalam mengurangkan beban kewangan.

"Saya terima STR banyak kali. Alhamdulliah saya dapat manfaatkan guna duit tersebut," kata Muhammad Firdaus Abdullah.

Bagi Amalina Azman pula menganggap dengan peruntukkan STR yang ditambah dari tahun ke tahun jelas memberi kelegaan kepada keluarganya.

"Walaupun sebenarnya ada orang cakap jumlah dia tak begitu banyak tapi kadang-kadang kita perlukan duit , kebetulan diumum kerajaan STR akan dimasukkan pada tarikh sekian. Jadi rasa bersyukur sebab duit itu dapat tampung keperluan harian", kata Amalina Azman.

"Bagus-bagus walaupun sedikit tapi nilai tu besar jugak la", kata Bahrin Ahmad.

"Walaupun dia dapat fasa fasa boleh mengurangkan beban kita dapat ringankan beban beli barang-barang basah apa semua", kata Muhammad Amar Bahrin.

Kerajaan Persekutuan memperuntukkan 2 bilion ringgit untuk STR Fasa 3, memanfaatkan 8.6 juta penerima di seluruh negara.

AMIRULL SHAFFIQ BIN ABDUL GHANI