fb fb fb fb fb

Lelaki ditemukan lemas di Pantai Bangau Sikuati

Foto Fail

KUDAT, 15 Ogos - Seorang maut manakala dua terselamat dalam kejadian lemas di perairan Pantai Bangau Sikuati, berhampiran sebuah kilang di Kudat, petang semalam.

Menurut Komander Operasi Bomba Kudat, Rasidi Sadai dalam satu kenyataan, mayat mangsa, Mohd Azman Idris, 31 tahun ditemukan berhampiran pantai dan disahkan meninggal dunia.

Sementara itu, dua yang terselamat diberi rawatan di lokasi kejadian.

"Dalam kejadian itu, mangsa terjatuh di dalam laut dan dihanyutkan ombak semasa memantau kerja-kerja memunggah pasir silika atas sebuah kapal.

"Dua pekerja lain cuba terjun ke laut untuk membantu, namun ketiga-tiganya gagal naik semula ke kapal kerana tiada tali keselamatan," kata kenyataan itu.

Mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

AHMAD ASHRAF BIN AB RAHMAN