fb fb fb fb fb

ZPP terima dua pensijilan pengurusan berkualiti

PERAI, 16 Disember- Zakat Pulau Pinang (ZPP) menerima pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015 dan Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah MS 1900:2014.

Penerimaan pensijilan tersebut membuktikan komitmen dan kebolehan ZPP mengekalkan tadbir urus yang baik serta perkhidmatan berkualiti.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, ZPP secara rasmi dianugerahi kedua-dua sijil tersebut pada 15 November lalu.

Menurutnya, pengiktirafan itu penting dalam usaha mengenalpasti peluang penambahbaikan dan meningkatkan keperluan sumber dalam penyampaian bermutu tinggi.

"Syukur kerana telah mencapai tahap yang diminta kedua-dua standard sistem tersebut.

Ia menunjukkan ZPP telah mencapai satu tahap kualiti yang diamalkan," katanya pada Majlis Anugerah Pensijilan ISO 9001:2015 dan MS 1900:2014 di sini.

(Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, Yang Dipertua MAINPP)

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, Datuk Amran Hazali optimis, penganugerahan tersebut akan menjadi pembakar semangat untuk kakitangannya menyediakan kualiti perkhidmatan yang lebih baik.

"Kedua-dua pensijilan ini akan beri semangat lebih tinggi untuk ZPP dalam sistem penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada pembayar dan penerima zakat," ujarnya.

Media Baharu